Siakap Keli
Gambar: Facebook

Kerap Berjumpa Dengan Ayah, Tak Sangka Rupanya ‘Hint’ Untuk Ayah Pergi Selamanya

Pemergian orang yang tersayang pastinya akan mengganggu emosi kita sebagai manusia biasa ini terutamanya apabila pemergian itu melibatkan orang tua kita. Merekalah yang memanjakan kita dan sanggup berkorban apa sahaja supaya kita membesar menjadi orang yang berguna.

Pengorbanan yang dibuat oleh mereka itu tidak akan terbalas walaupun kita sudah memiliki segalanya. Walhal, dalam Al-Quran pun ada tekankan tentang perlunya berbakti kepada ibu bapa kita.

Nikmat memiliki ibu bapa ini walau bagaimanapun tidak semua orang dapat menikmatinya. Ada orang yang sejak dari lahir lagi nikmat memiliki ibu bapa tidak dapat dirasai oleh mereka. Jadi, kita yang masih lagi mempunyai ibu bapa seharusnya bersyukur akan nikmat kasih sayang daripada ibu bapa yang telah dikurniakan daripada tuhan dan perlulah sentiasa bersyukur atas kurniaan yang telah diberi oleh tuhan ke atas diri kita.

Dalam satu perkongsian yang dikongsi oleh Izzat Ibrahim ini, dia ada berkongsikan tentang tanda-tanda sebelum arwah ayahnya pergi meninggalkannya untuk bertemu dengan Illahi. Perkongsiannya ini diharap dapat dijadikan pengajaran untuk kita semua agar sentiasa bersyukur dan menghargai ibu bapa mereka ketika mereka masih hidup. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Nak beritahu, Ayah saya baru sahaja meninggal dunia. Shamjuddin Bin Romani.

Innalillahi wa inna ialihi rojiun. (Sesungguhnya daripada Allah beliau datang dan kepada Allah jua beliau kembali. Amin)

Beliau terlibat dengan kemalangan ketika pulang daripada menjadi fasilitator program di Mersing. Kursus kepimpinan Pemuda HALUAN Johor.

Dalam tempoh sebulan ini, kerap sangat bertemu Ayah. Seakan-akan satu signal yang beliau akan galaskan tanggungjawabnya kepada saya.

Terakhir ini beliau ada diberikan sebuah tanggungjawab untuk membina semula sebuah yayasan pendidikan tinggalan Al-Marhun Ustaz Dahlan. Yayasan Matri namanya.

Saya terkesan sungguh dengan kata-kata Ayah masa awal-awal terima tugasan ini.

Beliau beberapa kali cakap, “Ayah ni sebenarnya dah boleh nak fokus di Johor. Bersenang-senang di Johor. Ayah baru buat pejabat untuk hidupkan semula perniagaan. Dalam masa yang sama boleh uruskan sekolah dan uruskan ladang.”

“Tapi ahli pemegang amanah yayasan kata Ayah boleh. Jadi, Ayah usahakan juga lah. Lagipun hidup ini memang tak boleh bersenang-senang. Ni pun baru nak belajar betul-betul tentang yayasan. Banyak kebaikan boleh buat dengan bidang ni.”

Kerap ayah berulang alik dari Johor ke Bangi. Memang nampak keletihan pada raut wajah beliau.

Beberapa kali juga beliau tumpang tidur di rumah saya. Sekejap sahaja berbaring, mesti matanya terus terlelap.

Khamis lepas sebelum beliau pulang ke Johor, beliau cakap yang nak tumpang lebih kerap di rumah saya. Nak sewa hotel kan mahal.

Ayah pun suka sangat dengan ahli jemaah surau di Kampung Palimbayan Indah ni. Watak mereka sangat meraikan tetamu dan kebanyakan mereka pun memang sebaya dengan Ayah. Walaupun baru pertama kali jumpa, macam-macam dah boleh sembang.

Tapi kawan-kawan,

Rupa-rupanya Allah nak berikan Ayah tempat yang lebih selesa. Tempat rehat yang kekal selamanya. Mahligai yang lebih mahal daripada apa pun. Beliau sedang bersama orang-orang yang soleh dan banyak melakukan amal kebaikan.

Beliau pun sudah membayarnya dengan peluh penat berdakwah dan bekerja. Saat sebelum beliau meninggal pun baru sahaja selesai program mendidik manusia. Allah pasti tidak menzalimi Ayah.

Kawan-kawan, Ayah sentiasa berusaha untuk tidak bersenang-senang di dunia ini. Doakanlah beliau dapat berehat di dunia sana ya.

Terima kasih semua.

Ya, Allah… Ampunilah Ayah!

Ya, Allah… Rahmatilah Ayah!

Ya, Allah… Maafilah Ayah!

Muhammad ‘Izzat Ibrahim Bin Shamjuddin.
Yang kini menggalas tugas Ayah sebagai wali keluarga.

*Dalam perjalanan pulang ke Simpang Renggam, Johor.

Sumber: Izzat Ibrahim

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.