Siakap Keli

“Kipas Pun Nak Rembat,” Polis Buru Individu Disyaki Curi 3 Buah Kipas Dinding Di Masjid

Malam tadi tular sebuah rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki yang didakwa telah melarikan tiga buah kipas dinding.

Difahamkan bahawa kejadian yang dipercayai terjadi di Masjid Nurul Islam di Aulong, Taiping itu sebenarnya berlaku pada 29 September 2019 lalu.

Video terbabit nyata menimbulkan kritikan dari warga net yang berpendapat bahawa tindakan individu itu tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi di tempat ibadat.

Kipas pun nak rembat, dah la rumah Allah Taala pulak tu

Allah nak bagitahu betapa sunyinya rumahnya sehingga pencuri mampu masuk

Bagi rakaman ni kat polis, nanti dia tahulah nak carik bukti

Datang masjid solat je sudahlah, yang lain biar AJK masjid yang uruskan

Ada segelintir JKK masjid tak benarkan jemaah tabligh stay di masjid mereka

Tak kira bangsa apa pun, kalau curi dalam rumah ibadat, tunggulah balasan dari tuhan

Menurut laporan terbaru, pihak polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Supt Razlam Ab Hamid berkata hasil siasatan mendapati suspek telah melakukan kegiatan itu menggunakan sebuah kereta dengan nombor pendaftaran kenderaan palsu.

Beliau berkata pihaknya percaya suspek melakukan kegiatan itu secara berkumpulan.

“Kita telah menerima beberapa laporan mengenai kejadian itu dan tidak menolak kemungkinan kumpulan yang sama dipercayai melakukan kecurian di Aulong dan Kamunting,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sumber: Info Roadblock Polis & Bernama

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)