Siakap Keli

“Semua Presint Air Bau Macam Tahi”, Netizen Gelisah, Dakwa Air Paip Kawasan Tertentu Di Selangor Berbau Busuk

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila segelintir warga maya yang tinggal di sekitar Selangor mendakwa air paip terawat yang digunakan untuk aktiviti harian berbau busuk.

Berdasarkan pemerhatian terhadap komen-komen yang ditinggalkan di laman facebook Air Swelangor, rata-rata warga maya menyuarakan ketidakselesaan yang dihadapi.

Air berbau macam tahi

Adda juga yang mahu penjelasan daripada pihak berkenaan.

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan bahawa pihaknya terus melaksanakan aktiviti pemeriksaan dan pencucian kolam-kolam dan sistem perpaipan di kawasan terlibat secara berterusan. Aktiviti pemeriksaan termasuklah memantau kualiti-kualiti air terhadap aduan yang diterima pihaknya.

Bermula 10 pagi sehingga 6 petang tadi, Air Selangor berkata sebanyak 150 aduan diterima daripada pengguna menjadikan aduan keseluruhan yang diterima sejak 28 September lalu adalah 1,293 aduan. Sebanyak 1,143 aduan sudahpun diperiksa dan selamat digunakan serta memenuhi piawaian air minum kebangsaan bagi parameter fizikal yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

”Pihak kami juga telah melaksanakan aktiviti pemeriksaan dan pencucian sistem perpaipan keatas 4 lagi kawasan dari jumlah 29 kawasan yang dilaporkan sebelum ini dan menjadikan jumlah kawasan yang telah menjalani aktiviti pemeriksaan dan pencucian sehingga kini berjumlah 33 kawasan.

”Pemantauan, pemeriksaan dan pencucian secara berterusan akan dilaksanakan sehingga tiada lagi aduan air berbau dilaporkan,” kata Air Selangor lagi.

Orang ramai yang mahu membuat aduan sekiranya mengalami masalah yang sama boleh menghubungi Air Selabgor di talian 15300 atau WhatsApp ke nombor 019-2800919 / 019-2816793.

Sumber: Air Selangor

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.