Setiap hari, pasti akan ada kemalangan jalan raya terjadi dilaporkan berlaku di Malaysia. Kemalangan adalah suatu perkara yang sukar untuk dielakkan oleh manusia biasa seperti kita.
Kebanyakan kemalangan jalan raya yang berlaku kadang kala berpunca daripada kita juga. Kerana sikap kurang ambil berat akan langkah keselamatan yang perlu diambil, orang lain mungkin akan menjadi mangsanya.
Setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa itu tidak seharusnya diabaikan. Kerana sekiranya diabaikan, kejadian yang tak diingini mungkin boleh berlaku.
Baru-baru ini ada satu video kemalangan yang tular di media sosial. Rakaman ‘dashcam’ yang telah dirakam oleh sebuah kereta itu telah menunjukkan sebuah kereta jenis Myvi yang dipercayai hendak memotong telah terbabas dan telah melanggar dua kereta yang lain.
Kemalangan tersebut dipercayai berlaku pada petang semalam (2/10/2019) di Lebuhraya KESAS arah Shah Alam.
Video kemalangan yang tular ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada orang ramai supaya utamakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain agar kejadian sebegini tidak berulang lagi.
πππ£πππ ππππ ππ πππ ππππ π π£πππ ππππ ππππ πππππ€πRakaman dashcam kes kemalangan berlaku pada petang semalam 02-Oct-2019 di Lebuhraya KESAS arah Shah Alam..#IRJP#Inforoadblock
Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Thursday, 3 October 2019
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS