Siakap Keli
Gambar: Facebook

(Video) Lagi Kes Kemalangan Libatkan Kereta Popular, Berputar Atas Jalan Lepas Hentam Kereta Lain

Setiap hari, pasti akan ada kemalangan jalan raya terjadi dilaporkan berlaku di Malaysia. Kemalangan adalah suatu perkara yang sukar untuk dielakkan oleh manusia biasa seperti kita.

Kebanyakan kemalangan jalan raya yang berlaku kadang kala berpunca daripada kita juga. Kerana sikap kurang ambil berat akan langkah keselamatan yang perlu diambil, orang lain mungkin akan menjadi mangsanya.

Setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa itu tidak seharusnya diabaikan. Kerana sekiranya diabaikan, kejadian yang tak diingini mungkin boleh berlaku.

Baru-baru ini ada satu video kemalangan yang tular di media sosial. Rakaman ‘dashcam’ yang telah dirakam oleh sebuah kereta itu telah menunjukkan sebuah kereta jenis Myvi yang dipercayai hendak memotong telah terbabas dan telah melanggar dua kereta yang lain.

Kemalangan tersebut dipercayai berlaku pada petang semalam (2/10/2019) di Lebuhraya KESAS arah Shah Alam.

Video kemalangan yang tular ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada orang ramai supaya utamakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain agar kejadian sebegini tidak berulang lagi.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.