Siakap Keli
Kredit: Teh Panas

(Video) Motor Bergesel Dengan Kereta Dipercayai Tiba-Tiba Tukar Lorong, Lelaki Tersungkur Atas Jalan

Malang bagi seorang pemuda apabila terjatuh dari motosikal ditunggangnya selepas bergesel dengan sebuah kereta yang dipercayai mahu menukar lorong secara tiba-tiba di jalan yang sibuk.

Akibat perlanggaran berkenaan, mangsa tersungkur ke atas jalan sebelum kereta terbabit meneruskan perjalanan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Kejadian tersebut disaksikan oleh pemandu kereta lain yang memberhentikan kenderaannya bagi membantu pemuda terbabit.

Detik perlanggaran itu berjaya dirakam dashcam milik pemandu berkenaan. Video kejadian ada dibawah.

Sumber: Teh Panas

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.