Siakap Keli
Kredit: Law Of Jungle

(Video)”Diorang Makan Kulit Bukan Isi”, Netizen Geli Hati Tengok Telatah Orang Korea Jumpa Durian

Durian dikenali sebagai raja buah di Malaysia. Ia mudah didapati di negara bersuhu tropika dan menjadi kegemaran kebanyakan penduduk di Asia Tenggara.

Bila tiba sahaja musim durian, bermacam-macam pesta durian diadakan di merata tempat. Buah ini tidak asing lagi di negara kita sehingga ada yang sanggup membeli beratus-ratus ringgit untuk mendapatkan durian lemak manis berkualiti tinggi.

Walaupun begitu, buah ini dianggap sebagai buah yang unik atau pelik di negara barat mahupun timur seperti Korea dan Jepun.

Kalau masuk dalam rancangan realiti televisyen mereka, pasti ramai yang memandang pelik dan ragu-ragu untuk mencuba buah tersebut.

Tak kenal maka tak cinta.

Rata-rata ‘takut’ nak makan buah yang berbau kuat ini. Namun respon selebriti Korea dalam rancangan Law Of Jungle selepas makan durian ni pasti akan buat anda tertawa!

Frust tengok”

“Tak pernah orang panjat pokok durian”

“Baru tau raja buah punya penangan”

“Macam potong cempedak”

Berikutan itu ada netizen yang berkongsi pengalaman lucu mereka melihat pelancong luar yang keliru antara air kelapa dengan santan.

Seronok dan bangga rasanya bila tengok mereka teruja nak makan raja buah ni. Untung kita rakyat Malaysia.

Sumber: Crafynn (Law Of The Jungle)

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.