Siakap Keli
Kredit: Cyber Crime Royal Malaysia Police

(Gambar) Awas Jangan Tertipu, Sindiket Pura-Pura Simpati, Dipercayai Tipu Mangsa Dengan Tawaran Pinjaman Wang Mudah

Bagai menangguk di air keruh, satu sindiket mengambil kesempatan atas kesempitan individu yang terdesak untuk mendapatkan wang segera dengan tawaran pinjaman kewangan yang tidak wujud melalui prosedur mudah, cepat dan faedah yang rendah.

Kumpulan ini memancing golongan yang disenarai hitam oleh pihak bank melalui media sosial, internet atau Whatsapp.

Laman Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police baru-baru ini telah berkongsi modus operandi sindiket berkenaan iaitu:

1. Menawarkan pinjaman wang dengan prosedur mudah, cepat dan interest rendah. Kebiasaannya sindiket akan memancing mangsa yang blacklisted by bank atau terdesak perlukan wang segera.

Iklan-iklan ini biasanya pada media sosial, carian di internet atau Whatsapp.

2. Berhubung secara atas talian. Sindiket akan meminta saspek memberi butiran pengenalan, dokumen dll hanya melalui Whatsapp atau atas talian.

3. Sindiket akan memberikan dokumen perjanjian kononnya yang menyatakan jumlah pinjaman dan bayaran bulanan yang dikenakan.

Kredit: Cyber Crime Royal Malaysia Police

4. Selepas mangsa bersetuju, sindiket akan meminta mangsa membuat pelbagai bayaran lain. Bayaran peguam, perkhidmatan, proses, cukai dll.

Biasanya sindiket akan berusaha menunjukkan simpati dan cuba membantu mangsa dengan mengurangkan jumlah yang perlu dibayar mangsa.

5. Sindiket juga akan menakutkan mangsa dengan amaran wang yang telah dibayar tidak akan dikembalikan jika mangsa ingin membatalkan urus niaga tersebut.

Mangsa yang takut kerugian akan berusaha untuk membayar wang tersebut sehingga mangsa gagal menghubungi sindiket.

Sumber: Cyber Crime Royal Malaysia Police

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.