Siakap Keli

Kerajaan Arab Saudi Benarkan Pelancong Bukan Mahram Tinggal Sebilik Di Hotel

Kerajaan Arab Saudi membenarkan pelancong asing bukan mahram tinggal sebilik di hotel tanpa membuktikan status hubungan selepas kerajaan melancarkan satu visa pelancongan baru untuk menarik pelancong.

Selain itu, perubahan baharu adalah wanita termasuklah warga tempatan juga dibenarkan menyewa bilik persendirian.

Tindakan tersebut hanyalah untuk memudahkan wanita yang melancong bersendirian selain membolehkan pasangan yang tidak mempunyai hubungan sah menginap bersama di negara tersebut.

Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi mengesahkan pada Jumaat lalu oleh sebuah akhbar tempatan Arab Saudi.

“Semua rakyat tempatan diminta menunjukkan pengenalan diri atau hubungan sesama mereka apabila mendaftar masuk ke hotel.”

“Bagaimanapun pelancong asing tidak diperlukan menunjukkan bukti hubungan dan hanya menunjukkan pengenalan diri sebelum masuk menginap di hotel di sana.”

Langkah tersebut telah membuka jalan untuk memudahkan wanita yang melancong secara persendirian dan bagi yang belum berkahwin untuk tinggal bersama-sama di daerah Gulf di mana hubungan seks luar nikah diharamkan.

Arab Saudi juga telah membuka pintunya dengan visa pelancong dari 49 buah negara untuk mengembangkan sektor perniagaan selain eksport minyak. Sebelum ini, negara tersebut tidak menerima pelancong bukan mahram termasuklah pelancong daripada negara asing.

Walaupun begitu, pelancong diharuskan memakai pakaian sederhana selain berjubah hitam sudah tidak diperlukan lagi. Alkohol masih diharamkan.

Perubahan itu adalah sebahagian daripada agenda pembaharuan ekonomi dan sosial Maharaja Mohammed bin Salman. Rancangannya telah menerima pujian antarabangsa.

Sumber: Reuters

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang