Siakap Keli

Wilayah Aceh Bakal Kuatkuasa Hukuman Sebat 100 Kali Terhadap Pemburu Haram

Dewan Perwakilan Rakyat Aceh bersetuju tentang penguatkuasaan undang-undang baharu berkaitan dengan pemeliharaan spesis terancam seperti orang utan, harimau dan hidupan liar lain. Peraturan baharu itu memperuntukkan hukuman 100 sebatan kepada pemburu haram yang memburu spesis berkenaan.

Difahamkan bahawa wilayah Aceh adalah kawasan di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah.

Pengerusi Suruhanjaya II, Nurzahri yang bertanggungjawab dalam perihal kawasan serta perhutanan mengatakan bahawa ia merupakan kali pertama  hukuman sebatan dikenakan ke atas jenayah berkaitan hidupan liar.

Beliau turut menambah bahawa hukuman berkenaan dijangka akan dikuatkuasakan pada Januari 2020 di mana individu yang disabitkan dengan kesalahan mengancam atau mengeksploitasi spesis tersebut bakal menerima hukuman sebatan selain dari dipenjara mengikut undang-undang.

Sumber: Kompas.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)