Siakap Keli

Sadis, Kanak-Kanak 5 Tahun Mati Didera Nenek Demi ‘Tutup Bukti’ Diperkosa Bapa Saudara

Seorang mangsa penderaan berusia 5 tahun disahkan mati setelah diperkosa oleh bapa saudaranya sendiri dan diseksa oleh neneknya.

Si nenek  ‘terpaksa mendera’ kanak-kanak terbabit untuk menutup salah laku yang dilakukan oleh lelaki berkenaan.

Kanak-kanak malang itu dimasukkan ke Hospital Awam Sherbeen, Mesir dengan kesan parut, lebam yang penuh ditubuhnya serta alat kelamin yang melecet.

Menurut laporan, kanak-kanak perempuan itu turut mengalami  kerosakan saraf atau tisu mati (gangrene) yang boleh membawa kepada pemotongan kaki.

Kecederaan tersebut begitu serius sehinggakan para doktor terpaksa memutuskan untuk memotong kaki kanak-kanak itu demi untuk menyelamatkan nyawanya.

Namun  Timbalan Menteri Kesihatan di Daqahliya mengumumkan bahawa akhirnya meninggal akibat luka-lukanya, kegagalan jantung seta keracunan darah di Hospital Antarabangsa di Mansoura.

Difahamkan bahawa kanak-kanak tersebut tingggal bersama kakaknya (6 tahun) di rumah nenek mereka setelah kedua ibu bapanya bercerai.

Menyayat hati apabila mengetahui wanita tua sebenarnya tidak menjaga kedua-dua cucunya itu dengan baik.

Sebaliknya dia pernah cuba untuk membakar tubuh anak kecil itu dan menyerang mereka dengan peralatan tajam.

Sumber: Middle East Monitor 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)