Siakap Keli

(Video) “Semoga Allah Panjangkan Usia Baginda,” Netizen Puji YDP Agong Tak Pernah ‘Berpisah’ Dengan Tasbih

Insan yang disayangi seluruh rakyat Malaysia, yang Dipertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sememangnya dikenali dengan sifat merendah diri dan keperihatinan yang tinggi.

Dalam rakaman sebuah video yang baru sahaja tular di laman media sosial dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Amirrul Ashraf, kelihatan Seri Paduka membawa bersama tasbih kecilnya dimana-mana majlis berlangsung.

Patik suka dengan story yg diambil dari rakan internet, kemana saja Baginda pergi pasti akan ada tasbih bersama baginda. Semoga Allah panjangkan usia Baginda serta kaum kerabat baginda.

Dalam pada masa tersebut, Tweet ini mendapat reaksi daripada salah seorang puteri baginda iaitu Tengku Afzan.

 

Sumber: Amirrul Ashraf

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)