Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Wajah Arwah Bersih Berseri-seri,” Kisah Isteri Tak Tinggal Solat Dhuha ‘Pergi’ Menghadap Illahi, Tinggalkan Suami Dan Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang pasti mendambakan kehidupan yang bahagia, di dunia mahupun di akhirat. Bahagia di dunia kerana memiliki rezeki yang berlimpahan, bahagia di akhirat dengan amal yang menyelamatkan kita semua.

Ya, rezeki Allah itu misteri tetapi kematian itu pasti. Cuma tidak kira usia, tempat dan pangkat.

Sudah menjadi lumrah setiap insan yang paling disayangi pasti akan hilang dalam kehidupan kita di dunia. Lain orang lain caranya menerima ujian tersebut.

Melalui perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Ain Suffian di laman Facebooknya mengenai seorang wanita meninggal dunia secara mengejut dan meninggalkan seorang suami dan tiga orang anak dalam lingkungan umur 5 bulan hingga 9 tahun.

Adik arwah bercerita bagaimana kisah pemergian arwah.

Asalnya beliau mengadu penat. Dan malam sebelum arwah meninggal dunia, arwah mengadu kebas tangan. Kebas yang teramat sehingga membuatkan arwah terjaga dari tidur jam 12 malam dan mengejutkan ibunya kerana tak tahan kebas tangan.

Ibu arwah menyuruh suami arwah menghantarnya ke klinik. Tapi waktu itu badan arwah semakin lemah sehingga tak dapat berjalan lalu suami arwah bawa arwah terus ke hospital.

Sampai di hospital arwah terus pengsan. Jantungnya terhenti lalu terus meninggal dunia.

Kehilangan arwah sangat dirasai seluruh ahli keluarganya. Arwah merupakan seorang yang baik, tidak pernah bersungut dan mengeluh dengan suami mahupun ibu dan ibu mertuanya.

Arwah juga merupakan seorang yang tidak pernah meninggalkan solat lima waktu dan solat sunat dhuha. Adik arwah menyebut wajah arwah sangat bersih berseri-seri dan air mata arwah seakan mengalir ketika dipost mortem, dimandikan dan dikafankan.

Kakak ipar arwah juga menyatakan wajah arwah sangat cantik ibarat memakai foundation ketika dikafankan. Adik arwah bercerita yang arwah memang tinggi kolestrol dan on medicine. Tapi arwah stop makan ubat ketika mengandungkan anaknya yang ketiga.

“Selepas bersalin, baru arwah continue semula makan ubat. Doktor mengesahkan kematian arwah disebabkan jantung tersumbat 100%.”

Saya yang mendengar terus rasa tersedar dan rasa insaf.

1. Pentingnya kita buat medical checkup dan blood test berkala. Mungkin kita nampak sihat, slim body, bersukan dan sebagainya tapi hakikatnya..😥

2. Hablu minallah, hablu minannas. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia. Moga-moga kita beroleh khusnul khotimah-pengakhiran yang baik.

3. Aware dengan gejala sakit jantung. Usia muda bukan jaminan kita hidup tanpa penyakit.

Tenanglah arwah di sana.. Perginya di hari yang baik, dalam keadaan yang baik juga. Kita yang masih hidup, ambil pengajaran dan teruskan hidup. Alfatihah.

 

Sumber: Ain Suffian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang