Siakap Keli

6 Ekor Gajah Ditemui Mati Lemas, Selepas Tergelincir Dari Puncak Air Terjun

6 ekor gajah liar dilaporkan mati selepas tergelincir jatuh di Air terjun Haew Narok yang terletak di Taman negara Khao Yai pada pagi sabtu.

Pasukan rasmi Taman Negara yang telah membawa semula gajah-gajah tersebut kembali ke dalam hutan selepas mereka berkeliaran di Lebuh Raya Prachin Buri terdengar suara gajah seakan menjerit yang datangnya dari Samor Poon berdekatan air terjun berkenaan pada jam 3 pagi pada sabtu

Sekitar 6 pagi, pasukan itu masuk semula untuk memeriksa dan mendapati seeokor anak gajah sekitar umur 3 tahun mati lepas di peringkat pertama air terjun tersebut. 2 ekor gajah yang masih hidup turut ditemui dan dipercayai cuba membantu gajah yang mati.

Menurut Ketua Taman Negara, Khanchit Srinoppawan, pasukan meneruskan pemeriksaan dibahagian bawah air terjun dan menjumpai 5 ekor gajah lagi mati lemas.

Kawasan air terjun tersebut ditutup sementara waktu berikuan insiden berkenaan.

Sumber: Bangkok Post

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)