Lebih kurang 5 bulan yang lalu, negara dikejutkan dengan berita kehilangan adik Muhammad Zahiruddin Putra Bin Mohd Fauzi yang sehingga kini masih belum ditemui.
Ayah kepada adik Zaahiruddin, Mohd Fauzi memuatnaik gambar-gambar beliau sedang dirawat di sebuah hospital kerana mengalami sakit kepala yang teruk. Dalam status berkenaan juga menyatakan semalam (5 Oktober 2019) sudah 173 hari anaknya hilang dan gagal dikesan. Menurut beliau sakit kepala yang teruk itu juga mungkin kerana memikirkan soal kehilangan anaknya itu.
menurut Mohd fauzi, doktor mengesahkan beliau mengalami Minor Stroke. Sejak kehilangan anaknya, dia mendakwa turut menghidap sakit seperti slip, sakit tumit dan sakit lutut.
“Ya Allah, selamatkanlah anak ku Zahir. aku amat merinduinya..”
https://www.facebook.com/tafg737/posts/10212297153264322
Laman portal berita Siakap Keli juga pernah menyiarkan artikel tentang kehilangan adik Muhammad Zahiruddin pada bulan April yang lalu. Semoga ada titik noktah untuk keluarga adik Zahiruddin nanti.
Orang Ramai Yang Mempunyai Maklumat Tentang Kanak-Kanak Ini Diminta Hubungi Balai BerdekatanMOHON HEBAHAN
Posted by Siakap Keli on Monday, 15 April 2019
Sumber: Mohd Fauzi