Siakap Keli

Dikecam Kononnya Perlekehkan Kanak-Kanak Tak Faham Bahasa Inggeris, Maya Karin Jelaskan Niat Sebenar

Selebriti terkenal Tanah Air, Maya Karin tular baru-baru ini apabila status yang dimuatnaik di laman Twitter mendapat kecaman netizen. Netizen mendakwa selebriti ini seakan tidak menjaga sensitiviti masyarakat.

Status yang dimuatnaik juga mendapat perhatian daripada penganalisis politk, Karim Raslan yang bersetuju dengan Maya Karin, seseorang itu mempunyai kelebihan jika menguasai lebih dari satu bahasa. Ia juga memberi peluang pekerjaan yang tinggi dari pengetahuan.

Malah, Maya juga turut menyentuh mengenai mereka yang malu bertutur dalam bahasa lain, katanya tidak salh untuk mencuba asalkan orang sekeliling kita faham apa yang ingin disampaikan.

Terkini, Maya Karin memuatnaik status mengatakan hal sebenar dan tidak melibatkan mana-mana inidividu.

Jelasnya mengenai isu semalam, beliau tidak ada niat untuk mempelekehkan sesiapa malah beliau juga tidak hanya berfokuskan untuk orang negeri berkenaan sahaja memandang pada hari tersebut, Maya memberi hujah di sebuah universiti di negeri tersebut.

Tambahnya lagi, fokusnya hanyalah untuk tingkatkan pendidikan dan daya kenyakinan pelajar muda di negara ini.

Jadi, janganlah kita memandang satu isu itu dengan mata negatif sahaja, banyak positifnya daripada negatifnya.

 

Sumber: Maya karin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)