Siakap Keli

“Jangan Mengamuk Tak Tentu Pasal,” Ini Nasihat ‘Padu’ Dari Pakar, Kalau Nak Jadi Ayah Yang Hebat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Lelaki yang bernama ‘Ayah’ merupakan seorang insan yang begitu bermakna dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Tanpa ayah, siapalah kita. Mungkin kita takkan dilahirkan di dunia tanpa mereka.

Seorang ayah merupakan hero di mata setiap anak. Walauupn boleh dilihat anak-anak lebih rapat dengan seorang ibu, namun bila ketiadaan ayah seumpana hidup tidak bermakna.

Jadi ini ‘rahsia’ menjadi seorang ayah yang hebat dan pandai mengawal emosi. Sifat inilah yang perlu diterapkan dalam diri seorang ayah. Perkongsian bermakna ini daripada Doktor Taufiq Raziq mengenai bagaimana nak kekalkan momentum ‘Ayah’ dalam diri seorang lelaki.

Katanya, seorang ayah perlulah pandai mengawal emosi. Janganlah mengamuk sana sini tidak tentu pasal. Seorang ayah juga perlulah pandai tenangkan diri terutamanya isteri.

Seorang Ayah yang pandai kawal emosi akan mempunyai lebih kredibiliti akan lebih mempunyai autoriti dan dianggap Parent Leader yang sejati.

Jika seorang ayah itu pandai kawal emosi, maka akan lebih disayangi isteri kerana emosi sang isteri sangat rapuh dan unik. Mereka lebih perlukan seorang pendengar yang stabil emosinya untuk mereka rasa lebih difahami.

Ayah yang pandai kawal emosi akan membuatkan anak anak merasa selamat. Malah, otak anak yang merasa aman dan selamat akan berkembang dengan lebih hebat dan pesat.

Untuk lahirkan anak-anak yang hebat, seorang ayah perlu kawal emosi. Emosi sangat penting dalam hubungan tambahan lagi dari segi kekeluargaan.

Jika emosi ayah sentiasa positif, berkemunkginan anak-anak boleh mengeluarkan bakat dan potensi terpendam mereka dengan sepenuhnya.

Maka, sedarlah wahai ayah-ayah sekalian, kamu adalah hero untuk mereka dan kamu juga adalah sumber inspirasi mereka nanti.

Sumber: Dr Taufiq Razif

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)