Siakap Keli

MPSJ Mohon Maaf, Tular Video Individu Dakwa Pihak MPSJ Kasari Anjing Bertuan

Baru-baru ini tular satu video yang menujukkan sekumpulan individu mengasari  dan menangkap seekor anjing dipercayai bertuan yang dikatakan berkeliaran di kawasan awam.

Menerusi video berdurasi lebih kurang 2 minit tersebut menunjukkan haiwan tersebut ditangkap oleh sekumpulan pihak Majlis Perbandaraan Subang Jaya dan dihalang oleh beberapa individu yang mendakwa mereka adalah tuan kepada haiwan tersebut.

Pihak Majlis mempunyai hak untuk menangkap haiwan yang berkeliaran namun wajib patuhi pada SOP.

Namun begitu, Majlis Perbandaraan Subang Jaya mengeluarkan satu kenyataan media mohon maaf terhadap insiden penangkapan anjing yang tular itu.

Difahamkan melalui kenyataan media tersebut, pihak Majlis memohon maaf  diatas sikap petugas tersebut yang kurang professional di dalam mengawal emosi mereka.

Tambah MPSJ dalam kenyataan ini, operasi penangkapan anjing terbiar yang dilakukan selepas menerima beberapa aduan isu kes pelajar sekolah berdekatan diserang dan digigit.

Pemilik anjing berlesen wajib memastikan anjing peliharaan tidak berkeliaran bebas di luar kawasan rumah (Seksyen 14 Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing Majlis Perbandaran Subang Jaya). Juga, Pekeliling KPKT Bilangan 5 Tahun 2014 mengatakan tangkapan tidak boleh dengan kekasaran

 

Pihak Majlis juga telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

 

Sumber: MPSJ

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang