Siakap Keli

“Ramai Kena Tipu,” Individu Dakwa Rugi Ratusan Ringgit Beli Tiket Konsert Shawn Mendes Dari ‘Scammer’

Sejak malam tadi, pengguna Twitter berang dengan segelintir individu yang dipercayai menjadi scammer menjual tiket Konsert Shawn Mendes yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.

Menurut satu akaun Twitter  mendakwa ratusan orang telah di tipu oleh individu dalam aplikasi jual beli secara atas talian.

Katanya, rakan-rakannya telah membeli tiket dari individu ini dengan harga RM 300 setiap satu. Walaupun rakannya merasakan ini adalah penipuan namun kerana ingin pergi ke konsert berkenaan mereka tetap membelinya dan anggap ia bukan penipuan.

Lelaki ini menunjukkan perbualan rakannya bersama ‘scammer’.

Tambahnya, ‘scammer’ tersebut menghantar sekeping gambar berupa kad pengenalan untuk taktiknya sahaja.

 

Selepas tweet ini tular di media sosial, rata-rata netizen juga mendakwa pernah tertipu dengan individu yang sama.

“Saya pun dari orang yang sama, saya membeli dua tiket namun ‘dia’ menggunakan nombor akaun bank yang berbeza”

“Saya pun dapat yang sama, nombor ic ternyata digubah”

 

Ramai yang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Semoga ini menjadi pengajaran dan teladan supaya lebih berhati-hati dikemudian hari.

Sumber: Twitter

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)