Siakap Keli
Gambar: BERNAMA Radio

Kajian Mendalam Dapati Penghapusan Segera Tol Tidak Boleh Dilakukan Kerajaan – Tun M

Menerusi manifesto yang dikeluarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada pilihan raya yang lalu, penghapusan kutipan tol secara berperingkat adalah merupakan salah satu daripada senarai yang terdapat dalam manifesto kempen pilihan raya tersebut.

Manifesto Pakatan Harapan yang berada di senarai keenam itu walau bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan kerana kos pengambil alihan dan penyelenggaraan tol akan menelan belanja sebanyak puluhan billion Ringgit (trillion ringgit).

Menurut Tun Dr. Mahathir, pembayaran hutang yang dibuat oleh kerajaan terdahulu perlu diutamakan terlebih dahulu bagi mengelakkan negara daripada muflis.

“Hutang mesti dibayar jika tidak hendak dijadikan muflis. Pembayaran faedah hutang dan hutang pokok menelan berbillion ringgit,” nyata Tun Mahathir dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

“Apabila dibayar, dana kerajaan tidak mencukupi untuk pembangunan infrastruktur yang penting jika beban pembelian dan penyelenggaraan lebuhraya ditambah kepada operasi dan pembangunan kerajaan,” ujarnya.

Dalam satu kajian mendalam yang dijalankan mendapati bahawa penghapusan tol segera tidak boleh dilakukan kerana proses itu memerlukan pembelian oleh kerajaan untuk mengambil alih semua syarikat tol sekali gus menghapuskannya.

“Masa diperlukan untuk mengurangkan beban rakyat kerana penghapusan tol. Tetapi menurunkan bayaran tol boleh dipikul. Jika ada swasta yang akan kurangkan tol, cadangan mereka boleh dipertimbang”, kata Tun Mahathir.

Sumber: @chedetofficial

Aqmal Ezany

I write what is right