Siakap Keli
Gambar: Malaysia Airports

(Video) Bak Kata Netizen ‘Indoor Waterfall’, KLIA Banjir, MAHB Mohon Maaf

Menerusi beberapa hebahan di media sosial, ruang Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ‘banjir’ akibat kebocoran bumbung. Walau bagaimanapun, kawasan yang terjejas hanyalah pada pintu masuk domestik di Terminal Utama KLIA.

Kejadian itu dikatakan berlaku akibat hujan lebat sehingga menyebabkan keadaan bumbung mengalami kebocoran yang teruk.

Seorang pengguna Twitter telah berkongsikan satu rakaman video yang didakwa merupakan keadaan terkini KLIA yang berlaku petang tadi.

Walau bagaimanapun pihak Malaysia Airports melalui satu posting Facebook mereka memperjelaskan keadaan tersebut.

Pada pukul 3.40 petang hari ini, Flying Emporium, sebuah outlet yang terletak di Pangkalan Pier yang menuju ke pintu masuk domestik di Terminal Utama KLIA mengalami kebocoran berat daripada bumbung akibat keadaan cuaca yang melampau.

Pasukan operasi lapangan terbang telah bertindak cepat dan menggunakan beberapa orang pekerja dan jentera untuk menyelamatkan keadaan. Penumpang segera diarahkan ke satu bahagian kawasan yang tidak terjejas sementara mesin vakum digunakan untuk menyedut air daripada kawasan yang terjejas.

Kebocoran berhenti selepas 20 minit dan keadaan terkawal dalam masa sejam. Kami ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan lapangan terbang dan komuniti diatas tindakan pantas mereka. Perkara ini sedang disiasat dan tindakan untuk memperbaiki lagi infrastruktur akan diambil berat. #MYairportsupdates

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa dengan infrastruktur lapangan terbang berkenaan.

Sumber: Malaysia Airports, Twitter

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra