Siakap Keli
Kredit: Nor Shaadah Khalidin Deqdah

Pelajar Malaysia Koma Di Mesir, Bapa Rayu Bantuan Rakyat Malaysia Bawa Pulang Anak

Kuala Lumpur- Seorang pelajar Malaysia yang sedang menyambung pelajaran di Maahad Tahfiz Keusahawanan Islam Alfafa Cawangan Iskandariah Mesir dilaporkan terlantar di Unit Rawatan Rapi Hospital Mabarah, El-Sofirah, Iskandariah.

Berikutan itu, sumbangan orang ramai diperlukan bagi pelajar terbabit, Rosimatan Ni’mah bt Azyansyah, 17 , untuk menampung kos rawatan serta tambang pulang ke Malaysia bersama ibunya yang mencecah RM 20,000.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Encik Azyansyah (ayah) di talian 0107993486 manakala sumbangan boleh disalurkan di akaun Maybank beliau, 162013111595.

Semoga Allah beri kesembuhan segera seperti sedia kala buat adik Rosimatan Ni’mah. Aamin.

Kredit: Noor Shaadah Khalidin Deqdah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.