Siakap Keli

Selepas Menonton Filem Joker Semalam, Ini 4 Benda Menarik Yang Kami Rasa Tentang Filem Badut Itu

Selepas Avengers: End Game, filem Joker antara filem yang dinanti-nanti oleh penggemar-penggemar filem di seluruh dunia. Dengan rating IMDB setinggi 9/10; yang mana lebih tinggi dari Avengers: Endgame yang mendapat rating 8.6/10, filem ini semestinya membawa kelainan berbanding filem-filem selainnya.

Watak Joker yang dibawa oleh Joaquin Phoenix dilihat memang memberi kesan kepada penonton-penonton apabila bertaburan posting-posting di media sosial yang bercerita tentang filem terbabit. Filem itu juga telah berjaya memecah rekod apabila berjaya mengutip $94 juta pada tayangan pembukaan; satu angka yang besar bagi filem-filem Hollywood.

Namun, ada apa dengan filem Joker ini?

Selepas kami menonton sendiri filem Joker semalam, ini pendapat ataupun review kami mengenai filem tersebut.

Pemilihan Joaquin Phoenix Yang Sesuai Dengan Watak Joker

Jika watak Joker didalam filem The Dark Knight (2008) dibintangi oleh Heath Ledger, watak yang sama dalam filem Joker kali ini dibintangi oleh Joaquin Rafael Phoenix yang juga merupakan seorang pemenang anugerah Grammy. Menariknya, pemilihan Joaquin dilihat sangat-sangat tepat untuk melakonkan watak terbabit dan dikira penerbit Joker sangat terperinci dalam memilih watak menyeramkan ini.

Biarpun tanpa mekap, ekspressi wajah Joaquin sudah boleh dikatakan mempunyai ‘iras-iras’ Joker, termasuklah susuk badannya. Hasil gabungan ini menampakkan betapa psikonya watak yang dibawa.

Karakter Building Yang Hebat

Berbeza dengan filem-filem DC yang lain yang penuh dengan aksi, filem Joker lebih kepada memperkenalkan bagaimana watak itu terhasil. Dan filem Joker menceritakannya dengan begitu sempurna sekali sehinggakan bertaburan ayat-ayat dari filem tersebut dikongsi di media sosial menandakan ia membawa kesan yang mendapat terhadap penonton.

Bagi kami, biarpun filem Joker adalah filem yang kejam, ia sebenarnya filem yang sangat menyedihkan. Arthur tidak pernah cuba menjadi Joker. Dia hanyalah seorang manusia yang cuba mencari jawapan dan mencari ‘tempatnya’ di dalam dunia ini. Filem Joker menceritakan kisah Arthur dengan begitu baik sekali.

Diselangi Dengan Unsur-Unsur Lawak Tapi Menyeramkan

Pernahkah anda mendengar lawak tapi anda tidak mampu gelak kerana lawak itu menyeramkan? Anda boleh mengalaminya didalam filem ini.

Tidak mahu menjadi penyebar spoiler, jadi kami tutup point ini disini sahaja. Tonton sendiri untuk mengalami perasaan seram itu.

Pemilihan Lagu Yang Kena Dengan Mood

Setiap alunan-alunan muzik yang dimainkan oleh didalam filem Joker ini mampu menaikkan bulu-bulu roma di tangan anda sejajar dengan babak yang ditayangkan. Tengok senarai-senarai lagu dibawah pun boleh agak tema apa yang mahu dimainkan.

  • “Everybody Plays The Fool” – The Main Ingredient
  • “The Moon Is A Silver Dollar” – Lawrence Welk & His Orchestra
  • “Slap That Bass” – Fred Astaire (from Shall We Dance)
  • “If You’re Happy And You Know It” – Chaim Tenenbaum
  • “Send In The Clowns” – Frank Sinatra
  • “My Name Is Carnival” – Jackson C. Frank
  • “Smile” – Jimmy Durante
  • “That’s Life” – Frank Sinatra
  • “Rock ‘N’ Roll (Part 2)” – Gary Glitter
  • “White Room” – Cream

Apa yang pasti, filem Joker akan menjadi bualan mulut orang ramai untuk beberapa tahun mendatang. Jika anda mahu merasa kelainan dalam filem, boleh menonton filem ini sementara tiket masih panas.

Sebelum itu, tonton trailer filem Joker dibawah.

Roti Tisu