Siakap Keli
Gambar: Google

Selepas MU Tumbang Di Tangan Newcastle, Twitter Trending Dengan #OleOut, Ditweet Lebih 35,000 Kali

Persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang telah masuk minggu ke-8 semalam telah berjaya menyaksikan beberapa pasukan gergasi EPL itu tumbang di tangan pasukan-pasukan yang berada di pertengahan liga.

Antara pasukan gergasi yang tersungkur pada perlawanan semalam adalah Manchester City dan Manchester United. Bagi kelab Manchester City walaupun mereka terpaksa akur di tangan Wolverhampton, kedudukan mereka di dalam liga masih lagi kekal di tangga kedua di belakang pasukan Liverpool.

Bagi kelab Manchester United, lain pula nasib yang menimpa mereka apabila turun satu anak tangga (12) selepas tewas di tangan Newcastle pada perlawanan yang berlangsung di St. James’ Park semalam.

Aksi longlai yang dipamerkan oleh pasukan kendalian bekas bintang kelab itu sendiri iaitu Ole Gunnar Solskjær telah membuatkan sebilangan penyokong Red Devils berasa tidak senang akan formasi serta cara beliau mengendalikan skuad tersebut.

Hasil daripada itu, ramai pengguna-pengguna Twitter khususnya para penyokong Manchester United memuat naik kata-kata ketidakpuasan yang mendesak supaya pengurus yang berasal dari Norway itu untuk meninggalkan kelab tersebut sehingga ianya telah menjadi trending di Twitter hari ini.

Mungkin gara-gara kekalahan dalam perlawanan yang berlangsung semalam telah membuatkan ramai penyokong Manchester United mengubah fikiran mereka sebelum ini yang mahu memberi peluang kepada pengurus tersebut untuk mengendalikan kelab kesayangan mereka.

Trending mengenai #OleOut telah mencecah lebih daripada 35,000 Tweet sehingga hari ini.

Berikut adalah antara Tweet yang terdapat di Twitter mengenai trending tersebut:

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.