Siakap Keli
Gambar: Youtube

Suspek Belasah Doktor Ditahan Polis

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Dua lelaki ditahan kerana disyaki memukul seorang doktor yang sedang bertugas, di sebuah klinik swasta di Bandar Baru Bangi, Kajang, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata lelaki yang masing-masing berusia 32 dan 37 tahun itu, ditahan semalam di sekitar Kajang.

Katanya kedua-dua suspek telah direman sehari mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes itu.

Pada 4 Sept lepas, tular sebuah video berdurasi dua minit 20 saat, memaparkan seorang lelaki yang dipercayai doktor dipukul dan dipijak di bahagian muka serta badan, oleh seorang lelaki ketika sedang bertugas di sebuah klinik.

— BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.