Siakap Keli
Kredit: Youtube/The Tanzania Citizen

”Tak Cukup Kuat Tu”, Viral Video Pelajar Dirotan Teruk, Presiden Tanzania Puji Tindakan Cikgu

Cikgu rotanlah dia biar jadi orang. Asal jangan mati sudah. Ayat ini mungkin sering dituturkan oleh ibu bapa kita suatu ketika dahulu ketika menghantar anak ke sekolah.

Namun kini, isu sama ada seorang guru berhak merotan pelajar ataupun tidak pernah menjadi perdebatan hangat dalam kalangan ibu bapa, guru-guru dan kerajaan.

Situasi yang bersama turut berlaku di Tanzania apabila presiden negara tersebut yang memuji tindakan petugas tempatan merotan sekumpulan murid mengundang kecaman pelbagai pihak.

Presiden Tanzania, John Magufuli menggalakkan guru dan ibu bapa untuk melakukan perkara yang sama bagi mewujudkan negara yang berdisiplin.

“Tahniah kepada pesuruhjaya serantau yang merotan para pelajar. Saya beritahu dia tidak merotan dengan cukup kuat,” katanya merujuk kepada tindakan merotan pelajar yang dilaporkan membawa telefon ke sekolah.

Magufuli yang diberi nama “Bulldozer” atas sikapnya yang mementingkan disiplin mendakwa, para pelajar tersebut layak dihukum kerana dilaporkan membakar asrama mereka.

Mendapat kritikan

Tindakannya memuji guru berkenaan telah mengundang kecaman badan hak asasi manusia serta menteri negara berkenaan.

Anna Henga, peguam dan pengarah eksekutif Legal and Human Rights Centre mengecam tindakan berkenaan. (Gambar: The Citizen Tanzania)

Menurut pengkritik, pesuruhjaya terlibat telah melanggar hak asasi pelajar kerana mereka tidak diadili sebaiknya sebelum menjalankan hukuman dan hanya guru atau pengetua sekolah sahaja yang layak menghukum pelajar.

Presiden berkenaan sebelum ini pernah terlibat kontroversi apabila kerajaannya menolak untuk berkongsi maklumat berkenaan Ebola, memberi data meragukan tentang pertumbuhan ekonomi negara dan menyuruh wanita Tanzania untuk mengandung lebih ramai anak.

Hukuman fizikal diizinkan di Tanzania, namun hanya pengetua atau guru tertentu sahaja yang berkuasa menjalankan hukuman.

Dalam klip yang ditularkan pada Khamis lalu, pesuruhjaya, Albert Chalamila merotan seorang demi seorang pelajar lelaki yang melanggar disiplin.

“Saya mengutuk tindakan barbarik ini. Pesuruhjaya tersebut menyalahguna kuasanya dengan menghukum pelajar secara bertentangan dengan prosedur,” kata Anna Henga, pengarah eksekutif Legal and Human Rights Centre dalam satu kenyataan.

“Kita perlu merotan mereka di sekolah dan di rumah. Kita perlu ada negara yang berdisiplin,” kata Magufuli.

“Hak asasi apa yang mereka katakan?” Mafuguli memerintahkan semua pelajar kelas A-level di sekolah berkenaan digantung sehingga ibu bapa mereka membayar kos ganti rugi akibat perbuatan khianat mereka.

Sumber: Africa News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.