Siakap Keli
Kredit: Info Roadblock JPJ/Polis

(Video) Didakwa Bertengkar Dengan Mak Kerana Telefon, Budak 10 Tahun Cuba Terjun Dari Tingkat 19

Johor Bahru – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nekad keluar dari tingkap dan duduk di ‘pelantar’ luar rumahnya di tingkat 19 didakwa gara-gara perselisihan faham dengan ibunya kerana penggunaan telefon.

Berdasarkan video berdurasi 57 saat yang dikongsikan oleh Info Roadblock JPJ/Polis, kanak-kanak tersebut sedang dipujuk oleh seorang beberapa anggota bomba yang tiba ke lokasi kejadian.

Menurut laman berkenaan, sepasukan anggota bomba telah menyediakan tali di tingkat 20 dan kusyen angin di tingkat bawah bagi menghadapi sebarang kemungkinan kanak-kanak berkenaan terjun dari ‘pelantar’ seluas 0.6 meter tersebut.

Usaha memujuk kanak-kanak berkenaan mengambil masa kira-kira 15 minit sebelum dia akhirnya akur dengan permintaan mereka.

“Ibu dah minta maaf dah. Adik tinggi dik, ya Allah dik..  takmau terjun. Meh sini dengan abang meh. Abang belanja jom..” kata salah seorang anggota bomba.

“Pakcik dah marah ibu dah. Ibu marah adik, ibu sayang. Ibu sayang kat adik.”

“Adik takmau nangis. Naik balik. Adik naik dik,” pujuk anggota bomba tersebut dengan lembut.

“Didoakan yang terbaik untuk adik ni untuk masa hadapan. Tahniah abang bomba yang selamatkan adik ni.”

“Selamatkan anak-anak kita dari dunia fantasi yang kita ciptakan sendiri”

Moga menjadi iktibar buat kita semua

“Jangan menghukum. Berdoa moga keluarga kita dijauhi dari segala musibah..”

 

 

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis

Amira

Love yourself.