Siakap Keli

(Video) Rakaman Dashcam Budak Lelaki ‘Kebal’ Bangun Lepas Terperosok Bawah Kereta

Aspek keselamatan ketika berada di atas jalan raya perlu diterapkan disetiap peringkat umur kerana mereka tidak mengetahui bahaya yang boleh menyebabkan kecederaan dan meragut nyawa. Bagi ibu bapa dan penjaga yang membawa kanak-kanak, memimpin tangan mereka ketika berada di atas jalan raya adalah sangat penting.

Menerusi satu rakaman yang dikongsikan melalui Facebook, seorang kanak-kanak yang berlari melintas jalan telah dilanggar oleh sebuah kereta daripada arah bertentangan.

Rata-rata warganet yang melihat rakaman berkenaan terkejut melihat keadaan kanak-kanak yang terperosok ke bawah kereta namun dipercayai selamat.

“Ya Allah, meremang tak habis lagi ni”

“Ya Allah rasa nak luruh jantung”

“Nasib baiklah kereta tu jenis tinggi tayar besar, kalau jenis rendah mesti arwah dah budak tu”

“Haishh..geram betul jenis mak-mak macam ni terlalu cuai”

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra