Siakap Keli
Gambar: Mint

Data Pengguna Berisiko Terdedah Melalui GIF, Pihak Whatsapp Saran Ikuti Langkah Ini

Pengguna aplikasi Whatsapp dinasihati untuk mengemaskini aplikasi tersebut kerana ianya didakwa sedang terdedah kepada bahaya serangan siber.

Menurut laporan media tempatan, Cyber Crooks sedang berusaha untuk menggodam telefon bimbit pengguna Whatsapp dan mencuri fail serta mesej pengguna. Kaedah yang digunakan oleh penggodam adalah dengan cara menghantar GIF kepada pengguna Whatsapp dan apabila pengguna membuka GIF tersebut, penggodam dapat mengakses segala fail yang terdapat di dalam telefon pengguna.

Ancaman ini berfungsi dengan baik pada peranti yang menggunakan Android 8.1 dan Android 9 dan ianya kurang berkesan terhadapĀ  sistem operasi Google versi yang lama.

Gambar: News.com

Walau bagaimanapun, pihak Facebook yang memiliki Whatsapp telah mengambil langkah untuk mengeluarkan ancaman berkenaan pada aplikasi Whatsapp. Meskipun begitu, pengguna masih perlu untuk mengemaskini kepada versi terkini supaya dapat mengelakkan daripada menjadi mangsa godam.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Whatsapp, mereka berkata bahawa setakat ini masih tiada pengguna yang menjadi mangsa kepada serangan itu.

“Isu ini telah dilaporkan dan cepat ditangani”

Bagi mengatasi ancaman ini, pengguna yang menggunakan sistem operasi Android boleh mengemaskini aplikasi berkenaan kepada versi terkini melalui Google Play dan bagi pengguna iPhone pula perlu membuka App Store untuk mengemaskininya.

Sumber: Edition CNN

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra