Siakap Keli
Gambar: Bloomberg.com

Kanak-Kanak Lelaki Tiga Tahun Maut Jatuh Lubang Kumbahan Najis

IPOH, 8 Okt (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun ditemukan mati selepas terjatuh ke dalam sebuah lubang kumbahan najis di kuarters Polis Pasir Puteh, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 8.16 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh bergegas ke lokasi kejadian.

Difahamkan kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Anas Hadif Ahmad Hafiz itu dipercayai telah terjatuh ke dalam lubang kumbahan di dalam kawasan kuarters berkenaan, katanya.

“Mayat mangsa dijumpai pada pukul 9 pagi oleh anggota bomba. Anggota bomba menggunakan pam untuk mengeluarkan air kumbahan bagi memudahkan mangsa dkeluarkan dari lubang itu.

“Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.