Siakap Keli

Raih 44 Ribu Perkongsian Sehari, Kisah Suami Hilang Kerja, Rasa Bebankan Isteri Undang Sebak

Setiap manusia akan diuji dalam hidup. Cuma apa yang membezakan adalah bentuk ujian yang diterima. Ada yang diuji dengan begitu hebat hingga merasa putus asa dalam hidup namun berjaya bangun semula kerana sifat sabar dan redha.

Seperti perkongsian video oleh Ustaz Ebit Lew mengenai seorang peserta di dalam programnya tempoh hari. Lelaki berkenaan putus harapan dalam hidup hingga merasa ingin mati kerana diuji dengan kehilangan pekerjaan. Mujurlah adanya seorang isteri yang sentiasa setia di sisinya.

Video yang meraih 46 ribu tanda suka dan 44 ribu perkongsian hanya dalam tempoh sehari dimuat naik itu ternyata berjaya membuatkan ramai warga net tersentuh.

Terkejut sangat sebak bila saya tanya siapa pernah rasa putus asa dalam hidup, rasa lebih baik mati je dan terasa macam nak bunuh diri?

Seorang abang ni cerita rasa putus harapan dalam hidup sehingga datang rasa lebih baik mati je. Betapa rasa selalu susahkan isteri yang baik. Buat salah padanya. Hilang pekerjaan. Buntu cari kerja.

Saya dekat dan cakap padanya Allah sayang padanya. Dia ada doa Nabi saw. Doa ibu bapa dan isteri. Abang tu peluk saya menangis.

Selepas itu abang tu tanpa selipar terus pergi ke tempat isterinya peluk minta maaf. Semua sebak menangis. Ya Allah terharunya. Syukur abang ni baru dapat kerja dan berterima kaseh pada isterinya membawa beliau ke sini. Masya-Allah.

Abang ini orang baik dan rendah diri. Isterinya baik dan memaafkannya. Doa seorang isteri yang solehah. Subhanallah. Syukur pada Allah.

Beberapa pasangan nak berpisah hari ini juga bisik pada saya tak jadi nak berpisah. Allahuakbar. Terima kaseh Allah. Dialah Allah Maha Kaya. Maha Kuasa. Hati manusia dalam genggamanNya-ebitlew

Sumber : Ebit Lew

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra