Siakap Keli

Ramai Yang Puji Di Media Sosial, Warner Bros Ucap Terima Kasih, Joker Kini Jadi Filem Nombor 1 Di Malaysia

Filem Joker yang dilakonkan Joquin Pheonix ketika ini mungkin menjadi filem yang paling disebut-sebut oleh seluruh peminat filem Hollywood termasuklah di Malaysia.

Setiap hari, ada sahaja review yang dibuat oleh segelintir peminat yang teruja dengan kedatangan filem ini dalam pasaran Malaysia. Rata-rata berkongsi buah fikiran apa yang menarik ditawarkan dalam filem DC kali ini. Ia sekaligus mengundang perasaan ingin tahu dan tak mahu ketinggalan bagi mereka yang belum berkesempatan ke pawagam.

Warner Bros. Pictures baru-baru ini memuat naik satu kemas kini di laman facebook mereka yang memaklumkan bahawa Joker ketika ini menjadi filem nombor satu di Malaysia.

Jika mengambil kira perkongsian netizen di media sosial, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan sebenarnya.

TERIMA KASIH for your amazingly mad support for #JokerMY

Posted by Warner Bros. Pictures on Monday, 7 October 2019

Korang dah tonton belum, kongsikan pendapat anda mengenai filem ini.

Kredit: Warner Bros Picture

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.