Siakap Keli
Gambar: Facebook

(Video) Enak Menunggang, Viral Entiti Putih Terpacak Belakang Motosikal Lalu Kawasan Rumah

Kita sering mendengari cerita-cerita yang berunsurkan mistik ini banyak diceritakan di internet dan orang di sekeliling kita mengenai pengalaman mereka yang pernah diganggu oleh makhluk halus.

Walaupun kita tahu dan percaya bahawa alam ghaib itu sebenarnya wujud, pasti sukar bagi kita untuk mempercayainya selagi ianya tidak terjadi pada diri kita sendiri bukan?

Namun baru-baru ini, sebuah video rakaman kamera litar tertutup yang tular di media sosial boleh dijadikan bukti bahawa kewujudan alam ghaib dan makhluk halus itu wujud di dalam kehidupan kita.

Video yang berdurasi selama 42 saat itu telah berjaya merakam satu kelibat yang berpakaian putih menumpang seorang penunggang motorsikal.

Dalam video tersebut, selepas sahaja penunggang motorsikal itu menunggang melintasi rakaman kamera litar tertutup tersebut, seorang lelaki yang dipercayai pengawal keselamatan di tempat itu berlari masuk ke dalam kerana didakwa mungkin terkejut melihat entiti yang menumpang motorsikal penunggang itu.

Walaupun kejadian-kejadian aneh sebegini tidak dapat dibuktikan dengan logik akal, kita sebagai manusia biasa ini perlulah mempercayai tentang wujudnya alam ghaib serta makhluk halus seperti yang telah kita pelajari dalam Islam.

Sumber: Sengal Paranormal Team – SEPAT

Aqmal Ezany

I write what is right