Siakap Keli

(Video) Rempuh Van Buat Pusingan U, Anggota Polis URB Dipercayai Terkorban

Kemalangan jalan raya boleh dikatakan berlaku pada setiap hari di pelbagai tempat yang berbeza. Walaupun pengguna sentiasa berwaspada dan berhati-hati, namun kemalangan yang berlaku tidak dapat dijangka kerana disebabkan oleh kecuaian pengguna yang lain.

Menerusi satu perkongsian dihalaman Facebook Penang Kini sebentar tadi, satu kemalangan maut telah dilaporkan berlaku berhampiran Shell Kilang Lama, Kulim petang tadi dikatakan melibatkan seorang anggota polis yang sedang bertugas.

Mangsa, Lans Koperal Zarih, 27 tahun seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim dipercayai telah meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah van yang sedang membuat pusingan U.

Menerusi akaun halaman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS pula, rakaman kemalangan tersebut telah dikongsikan dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata netizen yang melihat rakaman tersebut turut mengucapkan takziah atas kejadian yang berlaku petang tadi.

“Mungkin ada tugasan penting…takziah..”

“Pemandu van tak perasan URB tengah potong lori dari sebelah kiri”

“Al-fatihah..jangan salahkan sapa-sapa. Dah ajal.. Allah yang atur”

Sumber: Penang Kini & Info Roadblock JPJ/POLIS

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra