Siakap Keli

(Video)”Menitis Air Mata Dengar Aqim Nyanyi” Lagu ‘Pelangi Petang’ Nyanyian Anak OKU Palsi Serebrum Ini Buat Netizen Sebak

Mungkin inilah nyanyian lagu Pelangi Petang yang paling sedih dan meruntun jiwa pernah kita dengar setakat ini. Dinyanyikan penuh perasaan, kesungguhan adik Aqim melafazkan setiap bait lagu walaupun mengalami kesukaran pasti membuatkan mata bergenang.

Ku percaya, yang nanti suatu masa

Sang suria kan menyinar jua

Membawa harapan yang menggunung

Bersamanya..

Adik Aqim merupakan juara keseluruhan program Cerebral Palsy Got Talent yang dianjurkan oleh Gabungan Anak-anak Palsi Serebrum (GAPS) sempena hari CP sedunia semalam di Tamarind Square, Cyberjaya.

Nak sebut setiap patah perkataan susah, apatah lagi buat perkara lain

Sedaya upaya adik Aqim menyampaikan lagu Pelangi petang. Nak menyebut setiap patah perkataan pun beliau perlukan tenaga yang sangat banyak sehingga seluruh badannya bergerak, apatah lagi buat perkara yang lain. Mudah bagi anda, tapi sedarkah anda betapa sukarnya untuk dia? “The struggle is real”.

Selamat hari CP sedunia buat semua komuniti CP di seluruh dunia. Siapa kita nak menidakkan kebolehan mereka ini. Persembahan ini menjadi saksi yang individu CP juga punyai perasaan, kehendak dan kebolehan seperti orang lain.

GAPS turut menyeru orang ramai agar berkongsi video ini sebagai tanda sokongan dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana agar lebih memahami golongan OKU CP.

“Berilah mereka peluang dan ruang untuk turut sama dalam setiap acara dengan cara mereka sendiri,” kata GAPS.

Berikutan itu, rata-rata meluahkan kekaguman dan memuji bakat adik Aqim.

Jom tonton persembahan adik Aqim.

Sedia tisu dulu ya.

Sumber: GAPS

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.