Siakap Keli

Wanita Warga Emas Hilang Dari Rumah Di Semanggol

Bagan Serai : Sebuah keluarga  merayu  bantuan orang  ramai  untuk mengesan  ibu  mereka  yang  dilaporkan hilang dari kediaman di Kampung Jaya, Batu  10,  Jalan  Kerian,  Semanggol,  Sabtu lepas.

Anak lelaki mangsa, Jantan Abu Bakar, 40, berkata ibu mereka, Fatimah Mat, 72,  disedari  hilang  oleh  ahli keluarga pada pukul 12.30 tengah hari Sabtu lepas.

Beliau berkata kali terakhir ibu mereka berada di kediaman mereka pada pukul 10 pagi dan hanya menyedari ketiadaan ibunya di rumah pada pukul 12.30 tengah hari itu.

”Kami bimbang kerana ibu kami ada masalah pelupa dan kesihatannya juga tidak menentu. Puas  kami  mencari  di  sekeliling  rumah  dan  seluruh  penduduk  kampung  membantu  tetapi  belum  menemuinya,”  katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jantan berkata selain pencarian beramai-ramai mereka turut menularkan berita kehilangan ibu di laman media sosial dan aplikasi WhatsApp dengan harapan ibu dapat ditemui dengan segera

“Selain itu kami turut berjumpa dengan pengamal perubatan dan beberapa orang ustaz mengenai kehilangan ibu kami namun jawapan yang kami terima dimaklumkan ibu masih berada di sekitar kawasan ini namun gagal ditemui,” katanya.

Beliau  berharap  jika  ada  sesiapa  mengetahui  dan  ternampak  ibu  kami  diharapkan  segera  menghubungi kami di talian  019-4764199 atau 013-4792601.

Katanya, satu laporan polis mengenai kehilangan ibunya telah dibuat di Balai Polis Semanggol pada Ahad lepas.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.