Siakap Keli
Kredit: Quebecois Libre/Daily Express

“Anak Bukan Hak Peribadi Ibu Bapa”, Jangan Tak Tahu, Ibu Bapa Tolak Untuk Anak Dirawat Boleh Didakwa

Eh, betul ke anak bukan hak peribadi ibu bapa? Ibu bapa yang lahirkan, besarkan anak-anak dari kecil sampai dewasa.

Sedar tak sedar, kenyataan ini ada benarnya. Anak-anak hanya pinjaman dari yang Maha Esa kepada ibu bapa. Justeru, ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga mereka sebaiknya dari segi fizikal, mental dan spiritual.

Anak juga ‘hak’ masyarakat dan negara kerana mereka sebahagian dari masyarakat dengan memberi dan menerima kemudahan, faedah serta pengaruh yang sama.

Tidak adil jika ada ibu bapa berlepas tangan, namun orang sekeliling yang terpaksa menanggung kesan daripada perbuatan tersebut sama ada melalui penyakit berjangkit akibat menolak vaksin mahupun kes jenayah melibatkan remaja terabai.

Oleh itu, penjagaan anak-anak menjadi tanggungjawab bersama ibu bapa, masyarakat dan negara.

Menurut portal Public Health Malaysia, ibu bapa yang menafikan rawatan kesihatan kepada anak-anak boleh didakwa serta hak penjagaan boleh ditarik dan diletakkan di bawah jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Walaupun anda merupakan ibu bapa atau penjaga yang sah bagi kanak kanak, namun ia bukan bermakna anda boeh melakukan sebarang tindakan secara sesuka hati kepada mereka.

Ibu bapa yang menafikan rawatan kesihatan boleh didakwa dibawah Akta Kanak Kanak. Hak penjagaan anak boleh ditarik dan anak akan diletakkan dibawah jagaan sementara JKM.

Sekiranya anak perlu dimasukkan ke wad untuk rawatan, ibu bapa juga tidak boleh menandatangani borang AOR (At Own Risk) untuk menolak sebarang rawatan.

Sumber: Public Health Malaysia

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.