Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Ayah, Muka Aunty Ni Macam Ibu,” Ibu Meninggal Dunia Akibat Kanser, Berjurai Air Mata Wanita Ini Dipeluk Anak Yatim

Kehilangan ibu tercinta sangat memberi kesan kepada diri kita. Walaupun umur sudah meningkat dewasa tetapi kasih sayang aseorang ibu tak pernah terpadam. Apatah lagi jika kanak-kanak berusia tiga tahun yang masih dahagakan kasih sayang seroang ibu, namun tidak kesampaian.

Apa yang terlintas difikiran mereka, adakah mereka mampu menahan rindu dan kasih seorang ibu? Baru-baru ini tular kisah seorang gadis dipeluk oleh seorang kanak-kanak yang dipercayai rindukan ibunya yang meninggal dunia dua minggu lalu.

Menurut gadis ini di laman Twitternya, kanak-kanak tersebut mendakwa wajah gadis ini persis arwah ibunya.

” ayah muka aunty ni mcam ibu”

Aunty, boleh saya peluk kamu, aku cam uish aku peluk jela dia kiss pipi aku weh, dia bau tudung aku

Menurut perkongsian di Twitter, ibu kepada kanak-kanak meninggal dunia dua minggu lalu akibat daripada kanser rahim. Katanya lagi, dia turut berasa sebak apabila mendengar penjelasan daripada bapa adik comel ini.

Tambahnya lagi, dia tidak sempat mengambil gambar dengan kekuarga ini kerana kekangan mengejar masa.

“Aunty bau macam ibu”

“Dia boleh cakap ‘babai ibu’ aku cam wehhh terasaaa macam ada anak”

Sejak semalam Twitter ini mendapat tarikan daripada netizen dengan jumlah 15,500 ribu ulang kicau dan tanda suka  sebanyak 16,400 ribu. Semoga anak ini mendapat kasih sayang yang sempurna daripada orang sekelilingnya.

Sumber: Farieshabalqis

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)