Siakap Keli
Gambar: What's Inside

Belah Bola Rasmi Piala Dunia FIFA, ‘Isi’ Dalamnya Didedah Buat Pertama Kali

Sukan bola sepak merupakan sukan yang paling digemari seluruh dunia dengan sambutan menggalakkan merangkumi pelbagai lapisan umur. Kerancakan sukan bola sepak menyebabkan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menganjurkan Kejohanan Piala Dunia pada setiap lima tahun.

Menjelang musim Piala Dunia, selain jersi pasukan-pasukan menjadi tumpuan, bola yang digunakan juga turut menjadi topik hebat dalam kalangan pemain dan juga masyarakat dunia.

Setiap kali penganjuran Piala Dunia FIFA, bola yang digunakan sudah pastinya berbeza mengikut tuan rumah yang menganjurkannya. Namun, pernahkah anda terfikir mengenai teknologi dan apa yang terdapat di dalam sesebuah bola yang digunakan ketika perlawanan bola sepak.

Menerusi satu video yang dimuat naik dalam halaman What’s Inside, beberapa orang lelaki telah membelah tiga biji bola bagi mengetahui perbezaan yang terdapat di dalamnya. Bola yang menjadi pilihan berbeza mengikut zaman yang digunakan.

Hasil daripada video berkenaan, bola Adidas Telstar yang digunakan dalamĀ  Piala Dunia FIFA 2018 dilihat mempunyai hanya satu lapisan yang tebal manakala bagi bola Adidas Telstar 1970 yang sebelumnya mempunyai satu lapisan getah yang lain. Berlainan pula bagi bola yang lebih terdahulu, kandungan di dalamnya adalah plastik yang dimampatkan ke dalam bola tersebut.

Sumber: What Inside

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra