Siakap Keli

Dihukum Penjara 40 Tahun, Bapa Rakam Video Rogol Anak Kandung OKU

Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun dan 24 sebatan terhadap seorang bapa atas kesalahan merogol, melakukan seks luar tabii dan menghasilkan video pornografi anak kandungnya yang juga pemegang kad OKU kategori masalah pembelajaran.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu masing-masing mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram; Seksyen 377B Kanun Keseksaan (melakukan seks luar tabii) dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (menghasilkan video pornografi).

Sumber: Bernama

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)