Siakap Keli

Insiden Keganasan Di Stadium Gelora Bung Karno, FIFA Denda PSSI Lebih RM180,000

Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (Fédération Internationale de Football Association dalam bahasa Perancis) lazimnya dikenali dengan singkatan FIFA telah mendenda Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) sebanyak Rp643 juta (bersamaan RM 186,000.00).

Denda itu dikenakan kepada persatuan berkenaan disebabkan tindakan ganas yang terjadi semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 antara Indonesia dan Malaysia di stadium utama Gelora Bung Karno di Jakarta baru-baru ini.

PSSI dalam satu kenyataan di laman web rasminya menyatakan bahawa mereka menerima pertuduhan itu.

“PSSI menghormati proses undang-undang dan keputusan yang diambil oleh FIFA. Kami akan segera menunaikan kewajipan dan melakukan penilaian untuk mengelakkan insiden sedemikian berulang lagi” kata Ketua Setiausaha PSSI, Ratu Tisha Destria.

Beliau menambah bahawa PSSI akan melakukan segala usaha untuk memastikan tindakan keganasan itu berakhir.

Persatuan itu berharap semua pihak akan merealisasikan nilai positif dalam bola sepak.

Terdahulu, beberapa penyokong Indonesia telah melempar botol dan bom asap semasa pusingan kedua perlawanan  antara Indonesia dan Malaysia di Kelayakan Piala Dunia 2022 FIFA. Berikutan kejadian itu, permainan itu dihentikan selama 10 minit.

Sumber: Antara News 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)