Siakap Keli

#InstagramDarkMode Trending Di Twitter, Pengguna iPhone Dan Android Teruja Insta Jadi Gelap

Instagram akan menghapuskan following tab yang ternyata telah menimbulkan kontroversi sepanjang minggu ini.

Namun perubahan ini hanya akan berlaku sekiranya pengguna iPhone dan IOS 13 mengemas kini aplikasi perkongsian termasuklah sokongan mod gelap (Dark Mode). Untuk pengguna Android pula, hanya Android 10 dan 9 sahaja yang menyokong mode gelap di Instagram.

Tab following ini sememangnya dikenali sebagai tempat untuk mengintai (stalk)  dan melihat aktiviti selebriti, kawan-kawan mahupun pasangan anda.

Tetapi sejak awal bulan Ogos lalu, para pengguna telah mengadu bahawa tab following ini telah ‘hilang’. Perkara ini juga telah disahkan sendiri oleh oleh pihak Instagram.

Ini bermakna apabila anda mengetik ikon hati (love), anda hanya boleh melihat aktiviti anda sendiri sahaja.

Instagram menyatakan bahawa perubahan ini diambil kerana hanya terdapat sebilangan kecil sahaja yang menggunakan tab following itu secara kerap.

Perubahan ini turut berlaku ketika Facebook sedang berusaha untuk menjadikan aplikasinya lebih selamat dan menjadikan ‘mental’ pengguna lebih sihat.

Rata-rata pengguna iPhone dan Android teruja selepas instagram mereka kini menyokong mode gelap dan sebab itulah #InstagramDarkMode jadi trending di laman Twitter.

Sumber: The Sun, Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)