Siakap Keli
Gambar Hiasan

Lelaki Kejam Cukur Kepala Isteri Gara-Gara Jumpa Rambut Dalam Makanan

Seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan oleh pihak polis setelah didakwa mencukur kepala isterinya dengan alasan yang tidak munasabah. Perbuatan itu dilakukan adalah kerana dia menjumpai rambut di dalam sarapan yang disediakan oleh isterinya.

Pihak polis telah menyerbu rumahnya di kampung di rantau Joypurhat di Bangladesh dan menahan lelaki berkenaan selepas penduduk tempatan memaklumkan mengenai kejadian itu.

Menurut Ketua Polis Daerah, Shahriar Khan, lelaki berkenaan telah menjumpai rambut manusia di atas nasi dan susu sarapan isterinya yang disediakan untuknya.

Dia menjadi marah apabila melihat rambut tersebut dan menyalahkan isterinya. Dia kemudiannya mengambil bilah dan mencukur kepala isterinya secara paksa.

Berikutan tindakan itu, lelaki berkenaan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan kesakitan serta merupakan satu kesalahan yang boleh membawa hukuman maksimum 14 tahun penjara.

Perbuatan tersebut dilihat sebagai satu kejadian yang menindas wanita di Bangladesh walaupun terdapat undang-undang yang melindungi golongan itu.

Sumber: Mail Online

syafiq halim

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.