Siakap Keli
Gambar: Bernama

Netizen Tegur Permaisuri Gara-Gara ‘Typo’

Sejak petang tadi, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membuat beberapa ciapan yang berkaitan dengan penggunaan bahasa terutamanya bahasa Malaysia. Menurutnya, dia berasa malu sekiranya bahasa Malaysia yang diguna olehnya kurang tepat daripada bahasa Inggeris.

Sebagai rakyat Malaysia khususnya yang berbangsa Melayu, penggunaan bahasa Malaysia adalah sangat penting bagi melambangkan keperibadian dan sifat jati seseorang.

Melalui ciapan Twitter @cheminahsayang, Raja Permaisuri Agong menyatakan bahawa rakyat Malaysia khususnya yang berbangsa Cina dan India sangat beruntung kerana boleh bertutur dalam tiga bahasa. Disebabkan itu, Tunku Azizah juga turut menyarankan agar orang Melayu mempelajari bahasa India atau Cina supaya dapat mengimbangi kemahiran berbahasa seperti yang dikuasai oleh bangsa Cina dan India.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Menerusi ciapan terbarunya yang lain, Tunku Aminah mengakui bahawa menguasai bahasa lain dapat mendatangkan pelbagai faedah. Namun, seseorang itu perlulah mahir terlebih dahulu bahasa utama bagi negara ini.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian ialah terdapat beberapa warganet yang menegur ‘typo’ di dalam penulisan Raja Permaisuri Agong. Melalui penulisan itu, dilihat bahawa terdapat perkataan “spikong” yang ditafsirkan sebagai kesalahan dalam ejaan.

Walau bagaimanapun, Raja Permaisuri Agong dilihat tidak melatah dengan teguran tersebut malah memberikan respon balas dengan penjelasan yang sebenar mengenai istilah berkenaan.

Menurut Raja Permaisuri Agong, dia sengaja membezakan tiga perkataan iaitu ‘speaking’, ‘spikong’ dan ‘bertutur’ supaya pembaca tidak bosan untuk membacanya. Selain itu, ada juga netizen yang menganggap bahawa ‘typo’ di dalam penulisan itu merupakan sesuatu yang comel. Tambah individu tersebut, dia juga menyatakan bahawa dia turut menuturkan perkataan tersebut.

Disebabkan itu, Tunku Aminah  menyatakan bahawa ianya bukanlah satu ‘typo’ namun bertujuan untuk mengusik pengikut-pengikutnya di Twitter.

Sumber: Tunku Azizah

syafiq halim

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.