Siakap Keli
Gambar: Facebook

Ngeri, Dipercayai Hanya Kerana Kotor, Perut Kucing Hampir Terputus Diikat Dawai

Zalim, kejam dan jijik. Perkataan itulah yang paling sesuai terhadap manusia yang menzalimi haiwan seperti mana yang terjadi pada kucing hampir putus badannya ini akibat daripada tindakan individu yang tidak bertanggungjawab

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia menerusi akaun Facebooknya, kucing tersebut telah diikat dengan dawai pada bahagian perutnya sehingga menyebabkan badannya itu hampir putus serta luka besar yang kemerahan.

Saksi yang melaporkan kejadian itu mendakwa bahawa kucing jantan malang itu sering diberi makan oleh peniaga makanan di kawasan Blok A Desa Pandan Kuala Lumpur.

Atas sebab ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kehadiran kucing itu kerana beranggapan bahawa kucing itu kotor bertindak melakukan perkara sedemikian ke atas kucing tersebut.

“Kucing ini didapati hilang diri lebih daripada beberapa minggu,” ujar saksi.

“Kucing Dawai kembali ditemui di khalayak ramai dalam keadaan perut terikat dawai disimpul rapi hingga perutnya mengecil membelah hampir putus,” katanya.

Kucing tersebut telah diberikan rawatan dan akan dijaga oleh pihak yang dilantik oleh Animal Malaysia sehingga sembuh. Kos rawatan yang diperlukan bagi merawat kucing tersebut berjumlah kira-kira RM1500.00.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kejadian ini diminta tampil memberi maklumat agar si pelaku dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.