Siakap Keli
Gambar: Google

“Rasa Dia Paling Baik, Kerja Paling Bagus”, Hidup Umpama Roda, Doktor Ini Ingatkan Jangan Suka Rendah-Rendahkan Rakan Sekerja

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap manusia yang dicipta oleh Allah S.W.T tidak ada seorang pun yang sempurna. Setiap manusia mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri. Dan setiap cabaran dan dugaan itu juga pasti akan ada hikmah baik disebaliknya.

Kadang kala, pasti ada di kalangan kenalan kita yang sudah berjaya dan ada yang masih lagi terkapai-kapai untuk berjaya. Melihat kepada kejayaan orang lain, pasti akan timbul perasaan cemburu dalam diri kita.

Namun begitu, kita seharusnya tidak patut berasa begitu kerana setiap orang mempunyai haluan serta perjalanan dalam hidup yang telah disusun oleh sang pencipta. Sebaliknya, apa yang perlu dilakukan adalah teruskan serta tingkatkan usaha untuk mengecapi perkara yang diingini.

Dalam satu penulisan yang dibuat oleh Dr Ezairy M.Salih, penulisan beliau dapat memberi peringatan pada kita supaya sentiasa bersikap merendah diri dan berbuat baik pada semua orang. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang telah dikongsi olehnya seperti berikut:

Perasan tak, kita ini dalam melalui hari-hari kita setiap hari, dari mula bangun pagi pergi kerja, sepanjang kat tempat kerja sampailah balik ke rumah, habiskan masa dengan keluarga pula. Banyak jenis orang yang kita boleh jumpa. Betul?

Ada orang sangat cepat dalam bekerja, amat rajin dan hebat dalam kerjanya. Kalau bos suruh itu dan ini, orang biasa-biasa mungkin boleh siap dalam masa sehari, tapi kawan ini boleh siap dalam sejam dua sahaja. Dia rasa dia hebat, orang sekeliling sanjung kehebatannya di tempat kerja. Tapi hubungan dengan kawan-kawan sekerja dia tak pernah nak jaga. Suka merendah-rendahkan orang lain, yang tak sehebat macam dialah kiranya. Sebab dia rasa dia paling baik. Rasa dia paling banyak buat kerja.

Gambar: Google

Satu jenis orang lagi ialah mereka yang hasil kerjanya taklah sekemas kawan kita tadi, tidaklah sebaik mereka yang pertama tadi. Kerjanya pun agak lambat kalau nak siapkan sesuatu. Tapi orang ini sentiasa rajin nak belajar sesuatu. Tak berkira soal kerja. Hubungan dengan kawan-kawan sekerja juga bagus. Dia pun tak pernah membanding-bandingkan hasil kerja dia dengan orang orang lain.

Walaupun tak nampak hebat, tak nampak rajin, tapi setiap hasil yang dia buat walaupun lambat, dia ikhlas. Tak minta disanjung dan tak minta dihargai. Orang macam ini biasanya apabila dia ada, semua orang akan suka. Apabila mereka tak ada, orang lain akan rasai kehilangannya. Ada yang sampai rindu keberadaannya.

Kita ini hidup dalam satu komuniti kena selalu ingat. Bukan sahaja kat tempat kerja. Hidup berjiran, dalam institusi kekeluargaan pun sama. Apabila kita di atas, tak selamanya kita di situ. Sebab apa? Sebab suatu hari nanti yang di bawah itu akan ke atas juga. Kita yang hari ini sedang berada di atas, esok lusa boleh jadi akan jatuh ke bawah.

Hidup ini umpama roda. Tak payahlah nak banding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Asalkan kita ikhlas dalam setiap tindakan, mesti hasilnya nanti adalah yang terbaik.

Gambar: Google

Bak kata orang dulu-dulu, Elok basa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati. Orang yang baik ini bahasanya menjadi kesayangan orang selagi dia hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan.

Selalu juga orang sebut, dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh. Kita ini kalau ada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.

Jadilah kita insan yang disayangi semua orang. InshaaAllah hidup kita akan jadi lebih berkat.

Dr Ezairy M.Sallih
Seorang pencerita, nak lihat lebih ramai orang tersenyum.

Sumber: Dr Ezairy M.Salih

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.