Siakap Keli

“Rossi Pun Kalah”, Main ‘Cilok’ Atas ‘Highway’, Video Pecut ‘Akak Rider’ Ni Jadi Perhatian

Menunggang motosikal di atas lebuh raya sememangnya terdedah kepada pelbagai bahaya. Apa tidaknya, kenderaan lain seperti kereta, van, lori dan bas turut menggunakan lebuhraya yang sama dengan kadar kelajuan yang tinggi.

Di Indonesia, motosikal dilarang untuk memasuki lebuhraya kerana dikhuatiri terdedah terhadap bahaya tersebut. Namun, menerusi satu rakaman, memaparkan sebuah motosikal yang dipercayai ditunggang oleh seorang wanita telah menarik perhatian rata-rata warganet.

Menurut laporan daripada media tempatan, motosikal itu sebenarnya secara tidak sengaja memasuki lebuhraya kerana mengikut arah yang diarah menerusi Google Maps. Apa yang menarik perhatian, adalah cara tunggangan wanita berkenaan yang bertindak memecut memotong kenderaan-kenderaan lain. Malah, dia juga turut ‘mencilok’  di antara kenderaan yang bergerak di atas lebuhraya itu.

Menerusi rakaman berkenaan, wanita itu dilihat memecut motosikalnya dan turut menukar laluan bagi memotong kenderaan yang lain. Rata-rata warganet yang melihat rakaman tersebut nyata terhibur dengan gelagat penunggang itu.

“Rossi pun kalah”

“Mungkin dia tersesat, tapi udah terlanjur masuk tol, ya udah. terlanjur basah ya sudah mandi sekali”

“Moto GP sekarang lintasane nak suroboyo”

“Marques kalah ni”

Sumber: aslisuroboyo

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra