Siakap Keli

“Saya Pernah Curi Makan Biskut Ikan..” Kisah Remaja Jujur, Bayar Balik Lepas 6 Tahun Mencuri Dipuji Netizen

Tular di laman twitter hari ini tentang satu ciapan yang dimuatnaik oleh salah seorang pengguna berkongsikan kisahnya sebagai pekerja di sebuah pasaraya.

Camelia, pemilik akaun twitter menyatakan ada seorang remaja datang kepadanya dan menyerahkan surat berisikan wang berjumlah RM30.00.

Namun apa yang menyentuh hati warga maya adalah kejujuran kanak-kanak itu yang mengakui kesalahannya walaupun kejadian itu sudah berlalu hampir enam tahun.

Di surat tersebut, remaja terbabit ada menjelaskan kekhilafan yang telah dilakukannya iaitu ‘mencuri makan’ biskut setiap kali dia berkunjung ke pasaraya tersebut.

“Saya sedar saya makan dari sumber yang haram kerana tidak membayarnya, jadi memohon seribu maaf untuk kesalahan saya ini”

‘Surat Pengakuan’ yang tular di twitter itu kemudiannya dibanjiri komen yang rata-rata kagum dengan keikhlasan remaja 15 tahun berkenaan.

Semoga adik ini dimurahkan rezeki sebab jujur, btw comel biskut ikan tu

Mak bapak dia bagi didikan yang bagus

Semoga adik terus istiqomah, Alhamdulillah besar rahmatnya dik

Ni kalau mak bapak dia tahu mesti bangga ada anak jujur

Alhamdulillah, adik ni dah sedar mencuri tu salah

Tak kurang juga yang berseloroh tentang perilaku comel adik itu.

Mesti baru lepas kelas Pendidikan Islam ni, ustaz sebut pasal makan tak bayar

Ni kes mesti nak dapat berkat sebelum PT3 habis yela takut jugak kalau benda kecik macam ni jadi penghalang untuk adik ni berjaya.

Sumber:  Camelia 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)