Siakap Keli

”Tuhan Itu Maha Adil, Doakan Kami..” – Rider Food Panda

Isu ketidakpuasaan hati mengenai pengurusan Foodpanda dan rider syarikat  penghantaran makanan tersebut kini sedang hangat dibincangkan dan mendapat perhatian ramai.

Rata-rata netizen ternyata menyuarakan sokongan mereka kepada para rider dengan melancarkan boikot terhadap syarikat tersebut. Malah, #boycottfoodpanda turut menjadi trending di Twitter dengan kebanyakan warganet menunjukkan bahawa mereka telah memadam aplikasi berkenaan.

Malah, facebook Boikot FoodPanda yang baru sehari dilancarkan juga telah mendapat lebih 22 ribu tanda suka daripada netizen. Menerusi posting terbaru yang dimuat naik, para rider memohon doa dari netizen berkenaan keputusan mereka untuk keluar daripada syarikat tersebut.

Rezeki kami ada di mana-mana

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan memberikan sokongan mereka kepada semua rider. Keputusan yang diambil itu juga disifatkan sebagai tindakan yang tepat agar mereka tidak terus ditindas.

Semoga rezeki yang lebih baik menanti anak-anak ini

Saya sebagai ibu akan doakan awak semua

Jika kamu semua berhenti, lumpuhlah Food Panda

Bantu rider dengan beri rate 1 star dan feedback yang teruk

Sumber : Facebook Boikot FoodPanda

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra