Siakap Keli

Tupai Kantoi Sorok Ratusan Kacang Dalam Bonet Kereta Untuk Bekalan Musim Sejuk

Pasangan suami isteri di Amerika Syarikat terkejut apabila mendapati bonet kereta mereka dipenuhi dengan stok bekalan tupai untuk musim sejuk yang bakal tiba. Ketika memeriksa ruangan bonet kereta, mereka mendapati ruangan enjin dipenuhi dengan kacang dan rumput yang dipercayai dikumpulkan oleh tupai.

Perkara itu disedari oleh Holly Persic ketika memandu kereta tersebut menuju sebuah perpustakaan di Allegheny County, Pennsylvania. Menurutnya, dia menyedari keadaan kereta itu agak berlainan daripada kebiasaan dan mengambil keputusan untuk memeriksanya.

Isteri saya memanggil saya dari Perpustakaan Northland dan berkata bahawa keretanya telah mengeluarkan bau seperti terbakar dan mengeluarkan bunyi yang pelik.

Setelah membuka hud enjin keretanya, Holly mendapati longgokan walnut bersama rumput disusun rapi. Chris menghabiskan hampir satu jam untuk membersihkan keretanya.

Chris dengan nada berseloroh memberitahu bahawa isteri kepada tupai tersebut pastinya marah kerana telah kehilangan bekalan musim sejuk mereka.

Sudah pasti isteri tupai marah sekarang dan tertanya-tanya di mana semua kacang itu pergi.

Sumber: Chris Persic / CNA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra